Seminit untuk sukakan dia ,
Sejam untuk menyayangi dia ,
Sehari untuk mencintai dia ,
Tapi belum tentu seumur hidup aku dapat melupakan dia ..
#Dari dalam lubuk hati ni tersimpan satu perasaan yang susah untuk aku ungkapkan dengan kata-kata .. Sedaya upaya aku cuba untuk membuang malah melupakan apa yang aku pernah rasa terhadap dia , tapi ternyata sukar .. Aku sedar takde manusia yang dapat apa yang mereka idamkan dalam hidup mereka .. Mungkin semua ini takdir , kita kenal , berjumpa dan berpisah .. Jodoh , ajal , maut dan pertemuan semua di tangan Tuhan .. Tak gune memaksa kalau benar bukan untuk kita ..
Mungkin dulu aku pernah menyakiti hati orang lain dan tiba saat ini aku perlu merasakannya juga ..
Mungkin dulu aku pernah menyakiti hati orang lain dan tiba saat ini aku perlu merasakannya juga ..
Kata kawan , aku perlu lupakan orang yang tak pernah hargai aku , tapi aku tahu bukan dia tidak hargai .. Cuma perasaan dan rasa kita berbeza ..
Tapi biarlah rasa ini menjadi satu bukti yang ikhlas dan jujur bahawa aku pernah cintakan dia ..
Dan aku pernah menunggu dia jadi milik aku .. Tp aku akur kalau dia bukan dikurniakan untuk aku ..
Maafkan aku kalau suatu hari nanti aku tak mampu teruskan semua ini ..
Aku taknak terus berharap kerana aku bimbang aku akan kecewa , terluka dan terjatuh ..
Saat ini , aku harap dia tahu bahawa dia pernah jadi orang yang terpenting dalam hidup aku ..
Semoga dia menemui kebahagiaan untuk dirinya dan begitu juga aku ..
Biarlah perasaan ini semakin menghilang dgn sendiri kerana hakikat kita perlu belajar menerimanya .. :)
No comments:
Post a Comment