2012 - 2013

Bismillah, hari ni 1 Januari 2013.
Alhamdulillah, masih ada tahun baru untuk aku dan untuk korang semua.
2012 telah banyak mengajar aku erti kesabaran, kekuatan dan sebagainya.
Ada yang tercapai dan ada juga yang tidak. Tapi semua tue lumrah manusia, klo kau tak berusaha kau jangan berangan nak dapat apa yang kau mahu.
2012 biarkan dia menjadi kenangan antara aku, dia dan kita.
#Family : Aku sayang mereka, 2012 kadang-kadang banyak masalah yang terjadi antara kami. Tapi sebagai seorang anak dan seorang adik, aku selalu mengalah dalam setiap perkara. Biarlah mereka kata aku lemah, tapi semua kerana sayang, aku tak ingin sikit pon sakitkan hati sapa2. Aku sayang family aku ! Aku rindu nak ada vacation lagi dengan family aku. 2013 aku berharap semua dapat pergi bercuti bersama. 
#KawanVsBelajar : Gaduh baik gaduh baik semua tue biasa. Hidup perantauan belajar dinegeri orang kena hidup macam adik beradik dengan kawan. Kawan aku dunia aku. Susah senang, aku mahu mereka juga dengan aku. Thanks untuk semua nya, aku sayang Ika, Mek, Anis, Arda, Sukun, Pojie, Kak Efa, Haziq, Hamka, Alin, Emma, dan semuanya.
Klo takda dorang, aku tak tahu hala tuju aku macam mana kat Melaka ni.
#Cerita Dato'Kz : Aku mula terbaca kisah antara kau dan dia. Aku rasa kau dah bahagia. Aku sayang 2012 kita, aku sayang semua yang terjadi dalam tahun 2012. Tawa manja kita. Aku rindu itu semua.
Tapi mungkin manis antara kita aku tak rasa akan ada lagi dalam tahun 2013. Dan aku tak rasa ada lagi tahun kedua untuk kita. Aku mula lepaskan, aku belajar untuk lupa, sikit demi sikit walaupun berat aku janji akan cuba. Aku mungkin tersenyum, tapi sukar. Tapi aku CUBA. Semua untuk kebahagiaan dan kebaikan kau juga. Kerana sayang lah aku terpaksa korbankan.

TERIMA KASIH SEMUA UNTUK TAHUN 2012.
SEMOGA 2013 AKU MENJADI LEBIH MATANG DAN LEBIH BERFIKIRAN POSITIF.
TERIMA KASIH, ALHAMDULILLAH AKU DAH MENINGKAT 21 TAHUN. :)


No comments: