Salam Jumaat semua.
Aku takda apa nak dicerita, cuma mahu meluahkan sikit saja.
#HATI. Hari-hari rasa perasaan semua pasal hati.
Hati kalau sakit memang payah nak ubati.
Lagi-lagi bila sakit hati dengan orang yang kita sayangi.
Kenapa orang yang kita sayang tak kira masa sentiasa sakitkan hati kita.
Kerap abaikan diri kita yang selalu ambil kisah pasal dia.
Terkadang terasa bagai dilayan seperti sampah sarap yang terabut melata.
Terkadang itu juga seperti barang permainan, diambil bila perlu, dibuang bila tidak mahu.
Aku cuma ada beberapa waktu untuk habiskan semua waktu aku bersama kamu.
Sebelum kau pergi jauh dari aku, tapi ini balasan yang aku terima. DIABAIKAN!
Aku tahu kawan segalanya bagi kamu, tapi tolong ! Tolong jangan abai aku.
Aku perlukan kamu, bila tiada lagi pesanan ringkas buat kamu sayang selamat pagi, selamat malam kesayangan ku, aku rindu kamu dan aku sayang kamu.
Itu bermakna aku hampir ingin melupakan kamu, menjauhi kamu dan tidak lagi mahu.
Tolong sayang, jangan abaikan aku. :(
No comments:
Post a Comment